Senin, 24 Juni 2013

AMALAN-AMALAN RASULULLAH SELAMA RAMADHAN

Ramadhan sebentar lagi akan menjelang, ada baiknya dalam rangka mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah selama bulan yang mulia itu hendaknya kita mempelajari bagaimanakah amalan-amalan utama beliau selama Ramadhan.
 
Sedekah
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah karena sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.
(Hadis riwayat Bukhari)
 
Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan karena ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang artinya :
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbedaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
 
Malaikat Jibril senantiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam waktu tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
 
Syaidina Ushman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah Muhammad Shallallahu Alayhi Wassalam bersabda : 
"Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." 
 (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi) 
 
Qiyamullail
Disunahkan beribadah secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu shalat terawih dan waktunya di antara shalat Isya sehinggalah terbitnya fajar. Rasulullah Shallallahu Alayhi Wassalam sangat gemar mendirikan ibadah dalam malam-malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)
 
Shalat tarawih
 
Shalat tarawih adalah shalat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Shalat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah. 
 
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda  Rasulullah Shallallahu Alayhi Wassalam Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari) 
 
Zakat fitrah
 
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya shalat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan pokok / makanan utama atau setara dengan 2.7 kilogram beras. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar